Kematian saintis Amerika ada kaitan perbuatan jenayah

Kematian saintis Amerika, Suzanne Eaton susulan penemuan mayat di Pulau Crete, Greece Isnin lalu, dipercayai ada unsur "perbuatan jenayah". Bagaimanapun, kata Koroner Negeri, Antonis Papadomanolakis, punca kematian tidak dapat didedahkan berikutan siasatan masih dijalankan.