Kemboja jadikan Malaysia idola untuk bangunkan industri halal

Kemboja menjadikan Malaysia dan Thailand sebagai idola dan model untuk membangunkan industri halal. Menteri di Jabatan Perdana Menterinya, Datuk Dr Othsman Hassan berkata, kedua-dua negara serantau itu memiliki kepakaran yang boleh dipelajari dalam mengembangkan potensi yang dimiliki Kemboja.