Tutup

Kemelut tapak bazar Ramadan KL selesai

Kemelut membabitkan tapak bazar Ramadan antara persatuan perniaga dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya menemui jalan penyelesaian positif bagi kedua-dua pihak. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP), Datuk Mohamad Abdullah berkata, DBKL telah bersetuju untuk bersama-sama menguruskan 55 lokasi bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.