Tutup

Kementerian kenal pasti lokasi pembuangan bayi

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu data daripada Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti lokasi pembuangan bayi. Timbalannya, Hannah Yeoh, berkata ia penting bagi menentukan kaedah penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencegah Pembuangan Bayi yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu negara, pada Sabtu.