Kementerian Kesihatan mahu laksana dasar sifar anjing liar

Kementerian Kesihatan menyarankan pelaksanaan dasar sifar anjing liar di kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan jangkitan Rabies atau penyakit anjing gila. Bagaimapun, ia tidak bermakna anjing yang berkeliaran di kawasan tersebut boleh dibunuh sewenang-wenangnya. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, melalui dasar itu, pemilik anjing perlu memastikan anjing mereka tidak berkeliaran tanpa pengawasan.