Tutup

Kementerian Kewangan tumpu 2 aspek realisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama

Kementerian Kewangan akan menumpukan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat dalam usaha merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030. Menterinya, Lim Guan Eng, berkata dengan adanya dua aspek utama itu ia dijangka dapat meningkatkan kuasa beli rakyat, sekali gus memastikan ekonomi terus berkembang dengan rancak dan mampan.