Tutup

Kementerian pantau fenomena 'Bubble Tea'

Kerajaan belum bercadang mewujudkan mekanisma untuk menghentikan kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman Bubble Tea. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagaimanapun memaklumkan, kementerian akan memantau lambakan produk seumpama itu sejak kebelakangan ini.