Kementerian Pendidikan kaji guna buku teks digital

Kementerian Pendidikan sedang mengkaji penggunaan buku teks digital atau e-book bagi menggantikan buku teks yang digunakan secara konvensionali. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata beberapa perkara perlu diteliti termasuk penyediaan peranti serta kos yang akan ditanggung kerajaan.