Tutup

Kementerian Pendidikan teliti laporan lengkap ustazah dilapor hilang

Kementerian Pendidikan akan teliti laporan lengkap mengenai kehilangan seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, Pulau Pinang sejak Selasa. Menurut Menterinya Dr Maszlee Malik beliau tidak pasti sama ada kehilangan itu boleh dikaitkan dengan tekanan yang dialami ustazah itu yang dikatakan terpaksa berulang alik jauh setiap hari.