Kementerian Pertahanan buat dua laporan kepada SPRM

Kementerian Pertahanan membuat dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal pertukaran tanah-tanah kementerian itu. Menurut kementerian itu melalui satu kenyataan pada Selasa, SPRM digesa melakukan siasatan terperinci susulan pendedahan skandal pertukaran tanah itu agar tindakan selanjutnya dapat diambil.