Kementerian Pertanian dan Asas Tani lancar hala tuju baharu

Nelayan Terengganu menyifatkan hala tuju baru petani, penternak dan nelayan serta agro-preneur muda tani 2019-2020 yang digariskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai satu langkah positif dalam membela nasib mereka. Bagaimanapun, usaha memperkasakan sektor perikanan di negeri itu perlu dilakukan secara holistik dengan mengambilkira masalah di semua peringkat.