Tutup

Kementerian Pertanian siasat dakwaan AP dijual atas talian

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang menyiasat dakwaan bahawa Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport barangan makanan dijual secara haram di atas talian. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang didapati berbuat demikian.