Tutup

Kementerian Sumber Manusia belum terima laporan rasmi dari Bernama

Kementerian Sumber Manusia belum menerima sebarang laporan mengenai isu yang dihadapi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk membayar caruman Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) Serta Pinjaman Kakitangannya. Menterinya, M.Kula Segaran berkata, kerajaan akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat aduan berhubung masalah itu.