Tutup

Kemiskinan tiga negeri ada kaitan dengan ancaman di selatan Thailand

Masalah kemiskinan yang berpanjangan di negeri-negeri utara semenanjung ada kaitan dengan ancaman keselamatan yang berterusan di selatan Thailand, kata Pengasas Nation Building Institute Profesor Dr. Kriengsak Chareonwongsak. Beliau berpendapat ancaman keselamatan di wilayah Patani, Yala dan Narathiwat bukan sahaja merencatkan pembangunan ekonomi di rantau berkenaan dan ia menjejaskan negeri-negeri utara semenanjung yang bersempadan dengannya.