Tutup

Kempen pemilikan rumah untuk semua pembeli antarabangsa

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengulangi pendiriannya bahawa cadangan kempen Malaysia My Second Home bagi rumah mewah yang tidak terjual, terbuka kepada semua pembeli antarabangsa dan bukan pembeli dari China sahaja. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen tersebut bertujuan menyelesaikan isu lambakan rumah mewah yang tidak terjual.