Kempen PRK Cameron Highlands

Hari ini masuk hari ketiga kempen pilihan raya kecil PRK Cameron Highlands yang akan menyaksikan pertembungan empat penjuru dan di kawasan peranginan terkenal itu, ribuan bendera merah dan biru kelihatan berkibaran di sepanjang laluan keluar masuk ke bandar itu. Untuk mengetahui apa yang berlaku di sana hari ini, terus bersama Isabelle Leong di Tanah Rata, Cameron Highlands.