Kenaikan gaji minimum tidak mampu atasi kenaikan kos sara hidup

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kenaikan gaji minimum tidak akan menjamin kepada pengurangan kos sara hidup. Beliau berkata, ini kerana sekiranya kenaikan gaji dilaksanakan majikan di sektor swasta juga akan melakukan perkara sama, sekaligus menyebabkan kos barangan dan pengeluaran yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tertentu turut mengalami peningkatan harga.