Kenaikan harga minyak ringankan kehilangan pendapatan GST

Kenaikan berterusan harga minyak dunia baru-baru ini akan membantu kerajaan meringankan kehilangan pendapatan dari penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Dr Afzanizam Abdul Rashid, beberapa langkah penjimatan yang diambil kerajaan juga dijangka akan mengekalkan pendapatan negara pada paras stabil.