Kenal pasti projek utama dan infrastruktur di Kelantan

Kerajaan Persekutuan akan mengenal pasti beberapa projek utama termasuk infrastruktur dan prasarana untuk dibangunkan di Kelantan bagi tujuan menggalakkan pelaburan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembangunan infrastruktur dan prasarana menjadi prasyarat dalam usaha menarik pelaburan.