Kenangan bersama Ali tidak pernah padam - Ibu

Kehilangan seorang anak boleh jadikan seorang ibu lebih tabah mendepani cabaran hidup. Itu luahan Junaidah Basiron, 66 tahun, ibu kepada mangsa nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines, Allahyarham Mohd Ali Md Salim.