Kenderaan asing tidak terkecuali daripada syarat penggunaan cermin gelap

Kenderaan daripada Thailand tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan dalam syarat penggunaan lapisan filem atau cermin gelap. Walaupun pelaksanaan yang diumumkan Kementerian Pengangkutan baru-baru ini tertumpu kepada kenderaan di Malaysia, namun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetap bertegas dalam menjalankan penguatkuasaan termasuk ke atas kenderaan asing.