Kenderaan dihanyutkan arus, pencarian warga emas diteruskan

Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya hanyut ketika menyeberangi sungai dalam kejadian di Kampung Mendulung, Sipitang, Sabah. Dalam kejadian yang hanya disedari pada jam 9.40 malam mangsa Marthtn Padan, 64 tahun dipercayai dihanyutkan arus deras.