Tutup

Kenderaan mirip trak pelancar tentera dirampas polis

Sebuah kenderaan mirip trak pelancar tentera yang digunakan sebagai promosi untuk menjual minuman kopi, dirampas polis di jalan Semarak Api, Cyberjaya, pada Selasa. Penahanan berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi, ketika polis dari balai polis Cyberjaya melakukan rondaan setelah menerima maklumat daripada orang ramai, yang mengadu ada kenderaan trak pelancar roket di kawasan tersebut.