Kenderaan nasional ketiga: MITI terima 14 cadangan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menjalankan kajian impak ekonomi sebelum projek kenderaan nasional ketiga dilaksanakan. Timbalan Menterinya, Ong Kian Ming berkata kajian itu akan dibuat selepas kerajaan menetapkan hala tuju dasar automotif negara yang kini sedang disemak semula.