Tutup

Kepentingan integriti untuk kotakan janji - Shukri

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya apabila membuat keputusan memendekkan kontraknya untuk jawatan itu. Integriti yang dimaksudkan termasuk untuk mengotakan janji yang dibuat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali ke SPRM bagi menerajui agensi itu bagi tempoh setahun sahaja.