Kepentingan keharmonian insaniah dalam kalangan saintis

Empat saintis terpilih untuk mewakili negara di perjumpaan pemenang Anugerah Nobel ke-69 di Lindau, Jerman tahun ini. Ini hasil inisiatif Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk membuka jalan supaya saintis tempatan berpeluang memenangi Anugerah Nobel.