Keputusan kes bapa simbah anak dengan air panas ditangguh

Mahkamah Majistret Pulau Pinang menangguhkan keputusan hukuman ke atas seorang bapa yang mengaku bersalah menyimbah dua anaknya dengan air panas, Disember tahun lepas. Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan laporan perubatan kedua-dua mangsa.