Keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Jasin dijadualkan 12 Jun

Mahkamah Pilihan Raya Ayer Keroh hari ini menetapkan 12 Jun depan bagi keputusan petisyen untuk pilihan raya Parlimen Jasin, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam Muniandy Vestanathan, yang mewakili calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, ketika dihubungi Astro AWANI berkata, seramai 44 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang tamat pada Isnin.