Tutup

Keputusan sama ada Najib dipanggil bela diri dalam kes SRC

Keputusan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd akan diketahui Isnin ini. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan sama ada untuk memerintahkan Najib membela diri, atau membebaskannya daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC.