Tutup

Kerajaan agih satu juta benih ikan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengagihkan sejuta benih ikan talapia dan patin kepada 332 pengusaha ikan sangkar dan kolam yang terjejas akibat fenomena El Nino di seluruh negara mulai Mei depan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keseluruhan kerugian dianggarkan mencecah hampir RM6.9 juta.