Tutup

Kerajaan akan bincang isu had umur perkahwinan dengan tujuh negeri

Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan tujuh lagi negeri yang belum bersetuju had umur perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, ia akan dibangkitkan sekali lagi dalam siri pertemuan yang akan dihadiri pimpinan tertinggi peringkat negeri, termasuk majlis agama.