Kerajaan akan kaji kenaikan mendadak harga simen sehingga 50%

Kerajaan akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berhubung kenaikan mendadak harga simen di pasaran ketika ini yang mencecah antara 40 hingga 50 peratus. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan berjumpa dengan kementerian berkenaan minggu depan bagi meneliti langkah yang boleh diambil untuk menangani isu tersebut.