Kerajaan akan terus perkasa pekebun kecil

Kerajaan akan terus memperkasakan golongan pekebun kecil bagi membentuk satu kumpulan ekonomi yang memberi impak yang besar kepada pembangunan negara. Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Radzi Md Jidin kerajaan melalui pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan terus berusaha untuk menambah pendapatan pekebun kecil melalui Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).