Kerajaan akan tuntut semula tanah RTS

Kerajaan akan menuntut semula tanah untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS), sekiranya wujud pengambilalihan dari mana-mana pihak yang tidak melalui proses pemilikan secara sah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya setakat ini masih belum mendapat laporan penuh dan mengakui hanya mendengar khabar angin, ia diambil oleh pihak Istana Johor.