Kerajaan belum ada keputusan mengenai isu kadar tol

Ini perkara yang paling dapat perhatian. Kerajaan belum buat sebarang kata putus mengenai cadangan sama ada untuk mengurangkan atau menghapuskan kadar tol di negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, walaupun usaha menghapuskan tol adalah antara kandungan Manifesto Pakatan Harapan sebelum ini, namun ia dilihat akan menambah tanggungan kerajaan.