Kerajaan beri keutamaan tinggi soal keselamatan Sabah - Najib

Pagi tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Sabah. Dua mesej penting beliau ialah keutamaan isu keselamatan Sabah, dan Lebuhraya Pan Borneo negeri itu. Isu keselamatan, Datuk Seri Najib memberi jaminan kerajaan terus memberi keutamaan tinggi terhadap isu keselamatan di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri.