Kerajaan bincang pelan penstrukturan Tabung Haji pada Jumaat

Kabinet akan membincangkan pelan penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) semasa mesyuarat kabinet pada Jumaat. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, ia termasuk perincian isu membabitkan kewangan TH dan bersangkutan dengannya termasuk pembayaran hibah.