Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kerajaan bukan tolak RUU 355

Keputusan kerajaan untuk tidak membawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada persidangan Parlimen kali ini bukan bermakna kerajaan menolak pemerkasaan mahkamah syariah. Sebaliknya, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ruang untuk membahaskan RUU355 terhad kerana keutamaan diberikan kepada usul dari kerajaan yang di lihat lebih utama.