Kerajaan cadang pihak pembangkang turut perlu isytihar harta

Semua anggota pentadbiran kerajaan, serta anggota parlimen pembangkang dicadangkan perlu mengisytihar harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM. Itu antara cadangan dikemukakan Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR).