Kerajaan digesa gubal garis panduan maahad tahfiz

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) menggesa sistem kawal selia dan jaminan kualiti dipertingkat pusat-pusat tahfiz seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata pertubuhan itu berharap satu garis panduan dapat digubal kerajaan bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.