Kerajaan fokus tarik banyak pelaburan demi kukuhkan nilai ringgit

Kerajaan akan menarik lebih banyak pelaburan asing untuk meningkatkan ekonomi negara dan seterusnya mengukuhkan ringgit. Sambil mengakui perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China turut memberi kesan kepada ringgit, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat perkara itu boleh dielak sekiranya negara tidak terlalu bergantung kepada import.