Kerajaan ikrar tandatangan baki enam konvensyen Hak Asasi Manusia PBB

Kerajaan telah berjanji untuk menandatangani baki enam konvensyen Hak Asasi Manusia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata usaha sedang dijalankan oleh jawatankuasa-jawatankuasa teknikal untuk merealisasikan sasaran kerajaan.