Kerajaan kaji pampasan pada penduduk terjejas pencemaran Sungai Kim Kim

Kerajaan masih mengkaji jumlah pampasan yang akan diberikan kepada penduduk yang terjejas akibat kesan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ketika ini, kerajaan sedang mencari pendekatan terbaik dalam melakukan perkara berkenaan.