Tutup

Kerajaan kata perlu lebih masa, boleh la... tapi mana perancangannya?

Kerajaan Pakatan Harapan perlu mempunyai perancangan dengan jangka masa yang realitistik untuk menunaikan janji selepas satu tahun Malaysia Baharu. "Satu tahun ini kita bolehlah maafkan lagi (menunaikan janji), tapi mana perancangan tahun depan, lima tahun lagi". Menurut Zunar, rakyat boleh menerima kekangan masa dan cabaran kerajaan hari ini, tetapi mereka juga mahukan perancangan dalam tempoh masa yang mendatang. Barisan Menteri perlu lebih serius dalam pembuatan dasar berbanding bincang isu yang remeh.