Tutup

Kerajaan Kelantan beri perhatian pemakanan & kebersihan Orang Asli

Kerajaan Kelantan melihat isu persekitaran dan gaya hidup masyarakat Asli Batek Kuala Koh yang perlu diberi perhatian supaya aspek pemakanan dan kebersihan dapat dipertingkatkan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, selepas pengesahan penyakit yang melanda bukan berpunca dari air tandak, air sungai dan sisa pembuangan lombong, fokus perlu diberikan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan persekitaran mereka.