Kerajaan Kelantan wajar penuhi tuntutan tanah adat Orang Asli Temiar

Tindakan kerajaan persekutuan yang membuat prosiding mahkamah mewakili masyarakat Orang Asli terhadap kerajaan negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan sebagai langkah terakhir membantu kaum itu. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak dahulu lagi, kerajaan negeri sepatutnya melayan tuntutan tanah adat yang dibuat oleh Orang Asli.