Kerajaan kembalikan cukai pelancongan kepada negeri

Perdana Menteri turut mengumumkan yang Majlis Kewangan Negara bersetuju pemberian cukai pelancongan menjadi satu pemberian baharu kepada kerajaan negeri mulai tahun ini berdasarkan agihan 50 peratus hasil kutipan cukai pelancongan di negeri-negeri. Pemberian itu akan membantu kerajaan negeri membangunkan industri pelancongan dengan lebih baik.