Kerajaan kenakan syarat tambahan proses nadir bumi - Tun M

Kerajaan hanya membenarkan syarikat memproses nadir bumi Lynas Corporation Limited jika memenuhi syarat yang dikenakan kerajaan. Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad syarat tambahan itu termasuk prosedur membawa masuk nadir bumi yang bebas radioaktif ke negara ini.