Kerajaan komited adakan siasatan punca kematian

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian misteri di Kuala Koh disebabkan oleh pencemaran sumber air. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan bahawa pencemaran kolam air jadi punca kematian dan penyakit misteri komuniti berkenaan.