Kerajaan komited kukuhkan hubungan Malaysia-China - PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia Baharu yang berkuasa pada Mei tahun lalu adalah komited untuk memperkukuhkan hubungan Malaysia-China dengan kerjasama lebih erat dan lebih bermakna. Menurut Dr Mahathir pertumbuhan perdagangan dan pelaburan kebelakangan ini akan menjana lebih banyak peluang dalam bidang pelancongan, sains dan teknologi serta pertukaran budaya.